Monday, June 10, 2013

Perginya insan bernama Ayah...

Salam..

Perginya ayah tidak lah disangka oleh kami sekeluarga..
Perginya sekelip mata, tidak cepat walau sesaat, tidak lambat walau sedetik..

Pada pagi Isnin 3 Jun 2013 jam 4.15 pagi,
kami adik beradik terkejut dari tidur apabila emak memanggil2 ayah 
untuk bangun sebab ayah berdengkur kuat sangat.
Sebelum ni pernah juga berlaku perkara sebegitu.
Sebelum ini bantuan pernafasan diberi dan Alhamdulillah berjaya diselamatkan.
Tetapi kali ini, bantuan pernafasan yang diberi oleh adikku tidak lagi
mampu bertahan dan ayah pergi pada jam 4.30 pagi.


Sleep Apnea (klik link untuk info)... Suatu simptom atau penyakit yang menyebabkan pesakitnya
mengalami gangguan tidur dimana saluran pernafasan menjadi sempit semasa tidur dan
kadangkala membawa maut. Pesakit selalunya dinasihatkan untuk tidur secara mengiring
untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Sleep Apnea boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.. 
Take note. Jangan ambil remeh perkara sebegini..

Kini seminggu telah berlalu..
Kami sekeluarga sangat merindui arwah ayah..

WE LOVE YOU SO MUCH AYAH...
Al-Fatihah..

Monday, May 27, 2013

Anjakan paradigma!

Hai guys!!

Lame betul tak update blog ni..,
Serious lama..
Dekat 2 tahun jugak..
Sekarang ni baru nak bermanja2 balik dengan blog kesayangan ni..

Nak update pasal apa ya..
Hm, sekarang ni aku tengah further Master. 
Course Information Management di UiTM Puncak Perdana..
Yang lain, same saja..
Aku tetap aku..

Akan bersambung lagi....

Thursday, July 7, 2011

Negeri jelapang padi

Bismillah..

Perghh. Blog dah berhabuk! Tiup sikit kasi clear. Puhh.. Puhh!

Seperti yang terpampang di entry kali ni, mendefinisikan ia sebagai negeri yang kaya dengan sumber makanan ruji kita rakyat Malaysia ni. Kedah!

Hari Sabtu yang lepas, aku, ayah, mak dan adik aku no. 4 (Jad) menuju ke negeri yang serba indah ni bertujuan untuk mendaftarkan Jad di Polimas, Jitra, Kedah. Kami bertolak pada pukul 4 pagi (Sabtu). Sepanjang perjalanan tu aku memang tak boleh tidur. Bukan apa, aku tengok ayah aku cam bawak kereta senget2. Mengantuk punya pasal la tu. Mata dia pun aku tengok macam asyi terlelap2 je. Naik risau dibuatnya. Nak offer aku drive kereta, confirm dia tak bagi punya. Last2, memang setiap R&R kami berhenti. kami sampai pada pukul 11.30 pagi.

Sampai saja di Pekan Jitra, kami dijemput oleh Puan Izazura untuk menuju ke rumah penginapan kami. Aku dah bajet dah rumah penginapan kami mesti macam ala2 kampung, bilik air kat luar bagai. Tup2 sampai je kat rumah penginapan tu, terkejut beruk beb! Rumah teres ala2 banglo, dengan 4 bilik, 3 bilik air, dapur, ruang tamu etc. Fully furnish pulak tu. Perghh. Cuba teka satu malam berapa ringgit sewa?? Sape dapat teka dapat gula2 Halls Blueberry 1! Jawapannya jeng3... Rm150 je. Murah kan. memang berbaloi2.




Ni lah die rumah yang dimaksudkan.


Cop bilik ni!

Siap je kemas2 barang, kami pun siap2 keluar. Destinasi kami, Padang Besar. Siapa tak kenal, tempat shopping famous ni. Sebelum tu kami pekena durian dulu. Murah sangat2. 1 kilo baru 4 ringgit. Dah lah murah. Isi pun terbaik! Sini mane nak dapat macam tu. 

Mak aku menikmati durian. Sodap yo mak?


Jad and my daddy. tak pandang dah bila dapat durian :P


Tengok! Kuning kan. Rase pun memang terbaik.


Pilih manggis pulak.



Dalam perjalanan ini, menuju destinasi....



Mak and ayah posing dengan motor Siam.


Phewwit!!

Dah habis je shopping, kami bertolak balik ke rumah penginapan untuk berehat2. Nak prepare untuk pendaftaran adik aku pulak esok (Ahad). Aku rasa sedih pulak adik aku yang memang pendiam, tak pernah keluar rumah (kecuali ke sekolah and bermain futsal dengan member) nak berjauhan dengan family. Dapat ke dia survive eh? Tapi yang paling rindu kat dia mesti ayah aku sebab diorang memang rapat. Kalau diorang alan sama2 ke, duduk sebelah2 ke, adik aku tu mesti main siku ayah aku. Dok picit2, gintil2. Eh, jangan pikir bukan2 ye. Theehehe. Serious weh, walaupun aku tak rapat dengan dia, dah rasa rindu gila T.T

Eh, dah jauh menyimpang aku ni. *Kesat air mata*. 

Jadi, pada pagi Ahad jam 8 pagi, kami bertolak menuju ke Polimas yang bertempat di Jalan Ilmu, Jitra. Tapi sebelum tu, kami bersarapan dulu. Lapar beb. Kat situ memang bertempatnya bermacam2 institut pengajian Macam Polimas sendiri, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru and so on... *Tak ingat* :P




Suasana di hari pendaftaran


Mak dan ayah sabar menunggu


Mana adik aku ni. Dia paling tembam kat situ. Tolong cari.


Spotted!


Nak daftar kolej pulak


Angkut barang time. Dah macam menari agogo pulak ayah and jad :D


Check-in


Amanat yang disampaikan oleh kedua ibubapa


Masanya sudah tiba.

Time nak tinggalkan adik aku tu, aku rasa hiba sangat. Bukan apa, aku dengan dia jarang sekali bercakap. Boleh kata tak pernah la. Dia salam and cium tangan aku. Sebak weh. *Sambung nangis*. Dia relax je. Dia yang kena tinggal, aku pulak yang nangis. Hehe. Btw, 30 Jun itu hari, birthday dia. Aku hadiah kan dia perfume. Sweet tak? Hehe. Hmm, macam mana agaknya dia kat sana. Ok ke tak. Tapi kalau setiap kali ayah or mak aku call, ceria je suara die. Dah pandai cakap loghat utara. Kekeke. Apa2 pun, kalau kau terbaca ni Jad, aku nak kau ikut cakap mak and ayah, taat kat diorang, belajar betul2, yang penting, jangan lupa solat. Semoga happy2 selalu kat sana. 

Aish, emo pulak aku malam2 ni. Lepas dah hantar adik aku, aku, ayah dan mak ambil barang di rumah sewa. Maka sudah sampai lah masanya meninggalkan bumi Jitra yang mengusik kalbu ni. Ceh! :P

Rasa seronok duduk di Kedah selama 2 hari. Makan sedap. Murah pulak tu. Ada masa, kita jumpa lagi!!
Sekian.


-zeeqazainal : menulis sambil tengok movie hindustan di channel Zee TV-

Sunday, January 9, 2011

Is it the worst birthday ever?

Diam x diam, umur aku da meningkat 23 tahun pada tanggal 9 Jan 2011 ni. 
Alhamdulillah sebab Tuhan panjangkan lagi umur aku. 
Sempena peningkatan umur ni, aku nak berazam,
1. nak naikkan pointer sebab aku nak grad kelas pertama 
(tu je yg mampu sebab ANC mmg x kan dapat da)
2. berazam nak kuruskan badan :P
3. nak meningkatkan amal. hehe
4. focus to my study n InsyaAllah lepas degree, nak sambung Master.

Tak banyak pun azam aku. Kalau banyak2 pun, x tentu dapat capai punye.
Kalau dapat capai, Alhamdulillah.
Btw, thanks to my beloved parents. Mr. Zainal Abidin Ujang and Mrs. Arizan Hashim.
Kerana mak n ayah la saya lahir ke dunia ni *buat muka ngade2* :P
And x lupe jugak kat my beloved friends yang wish birthday kat saya. 
Terima kasih korang. You all memang best la.

Tapi birthday aku kali ni aku rase sedih ckit sebab 
aku x dapat celebrate dengan sang kekasih.
Dia gi PD sebab ade picnic dengan member2 training die. *kesat air mata*
Sedih woo..Aku kalo dok sorang2, memang nangis je la keje aku.
Tapi memang patut la aku terasa kan.
Aku dah ajak die kuar dari minggu lepas lagi. He should know that.
Aku ni terlampau mengikut sangat perasaan la. Mungkin picnic tu memang wajib kot.
Xpe la. Nak buat cne. Masa x leh nak undur balik dah.
Btw, nak gi sambung nangis jap.
Ade mase, aku post entry baru. 

Wednesday, December 22, 2010

Lame tak jumpa!!

 Assalamualaikum. Baru2 ni, beberapa orang member dari sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Serdang) aku telah organize 1 reunion di mana kengkawan dari batch 1995-2000, maknanya yang lahir tahun 1988 dijemput untuk memeriahkan majlis. Time ni lah nak jumpa member2 lama. Ye x? hoho. Tak nak cakap banyak. Just letak gambar je n sedikit penerangan. Gambar akan menceritakan semua. So kengkawan, enjoy!


Seperti yang anda lihat, gathering ni diadakan di Red Wok restaurant Bangi. Restaurant ni ala2 Flamming Steamboat la. Diorg serve makanan steamboat. Die serve secara buffet. Kitorg amik pakej RM25 sekepala. So, makan la banyak mana korang nak makan. Tapi jangan x abis sudah. Satu gram ke satu kilogram ntah (lupa), x abis, korang kena bayar RM10. 


 Dayah & Ainul


Me & Mimi




Budak2 lelaki

Suhaila, Teah, Nad, Napi, Mira, adik Suhaila


Timah & Wani


Mimi, Dayah, Ainul, Timah & Wani


Timah, me & Mimi


Budak2 lelaki yang ikut serta




Ecah, Teah, Bella, Ida, Nurul, Aimi & Sri




Napi, Mira, Adik Suhaila, Bf Suhaila, Suhaila, Nabilah


Jemput makan semua!


Makan jang. Sodap tu. hoho



"Ko tau, ujung tahun depan aku nak kawen." Kata mimi kepada dayah


Sesi bergambar















Budak2 lelaki yang seriously aku dah tak brape nak cam..hoho












p/s:Dialog xde kena mengene dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.:P

Gathering ni akhirnya berjaya dijalankan atas kerjasama kengkawan yang memang sporting abis la. Love you guys. Korang memang best la. Lain kali, boleh wat lagi. Hoho.