Monday, June 10, 2013

Perginya insan bernama Ayah...

Salam..

Perginya ayah tidak lah disangka oleh kami sekeluarga..
Perginya sekelip mata, tidak cepat walau sesaat, tidak lambat walau sedetik..

Pada pagi Isnin 3 Jun 2013 jam 4.15 pagi,
kami adik beradik terkejut dari tidur apabila emak memanggil2 ayah 
untuk bangun sebab ayah berdengkur kuat sangat.
Sebelum ni pernah juga berlaku perkara sebegitu.
Sebelum ini bantuan pernafasan diberi dan Alhamdulillah berjaya diselamatkan.
Tetapi kali ini, bantuan pernafasan yang diberi oleh adikku tidak lagi
mampu bertahan dan ayah pergi pada jam 4.30 pagi.


Sleep Apnea (klik link untuk info)... Suatu simptom atau penyakit yang menyebabkan pesakitnya
mengalami gangguan tidur dimana saluran pernafasan menjadi sempit semasa tidur dan
kadangkala membawa maut. Pesakit selalunya dinasihatkan untuk tidur secara mengiring
untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Sleep Apnea boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.. 
Take note. Jangan ambil remeh perkara sebegini..

Kini seminggu telah berlalu..
Kami sekeluarga sangat merindui arwah ayah..

WE LOVE YOU SO MUCH AYAH...
Al-Fatihah..

1 comment:

  1. Moga mak, kay yong dan adik2 semakin tabah...selalulah berdoa dan kirimkan Al-Fatihah buat arwah. AL-FATIHAH...

    ReplyDelete